20 Mac 2023, Kembali ke sekolah lagi. Hari ini merupakan permulaan untuk sesi persekolahan untuk tahun 2023. Dan seperti semua faham, sesi persekolahan kali ini masih lagi bermula pada bulan Mac kesan dari Pandemik Covid-19 yang lepas.
Tahun ini, pastinya lebih meriah dan keadaan seakan akan kembali seperti sediakala, tetapi pemakaian penutup separuh muka masih lagi mengingatkan kita tentang pandemik covid yang menyebabkan 2 tahun kita tidak datang ke sekolah dalam keadaan yang selamat.
Hari ini, pihak PIBG dan Pihak Sekolah sangat mengalu-alukan kehadiran murid besarta ibubapa bagi memberi sokongan kepada pihak sekolah.
Pada jam 7.10 pagi tadi, sesi taklimat bersama ibubapa tahun 1 telah diadakan khusus untuk semua ibubapa tahun 1. Taklimat ini diadakan setiap tahun oleh guru besar sendiri untuk menyampaikan gambaran penting tentang persekolahan di SJK(C) Chung Hua Simanggang ini.
Semoga tahun 2023 ini lebih gemilang dengan pencapaian yang lebih tinggi dari tahun tahun yang lepas dalam semua bidang baik dalam bidang Akademik, Ko-Akademik dan Ko-Kurikulum.
Selamat Kembali ke Sekolah untuk semua pelajar SJK(C) Chung Hua Simanggang.




























