
YDP PIBG SJK(C) CHUNG HUA SIMANGGANG
Selamat datang ke laman web rasmi PIBG SJKC Chung Hua Simanggang. Laman ini bertujuan menjadi wadah perhubungan sesama ahli PIBG dan penyebaran maklumat berkenaan sekolah kita. Laman ini telah diwujudkan pada 12 Mac 2022, dengan beberapa orang AJK PIBG menjadi pengelola (author dan editor). Laman ini telah diperkenalkan kepada para ahli yang hadir dalam AGM secara hybrid pada 9 April 2022.
PIBG merakamkan setinggi-tingi penghargaan kepada saudara Abdillah Ahmad, Naib YDP yang telah menginisiatifkan dan menaja laman ini. Kita berharap laman ini akan aktif dan kekal aktif selama-lamanya.